awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
MCMC teruskan libat urus dengan platform media sosial, tegaskan pematuhan undang-undang - Fahmi
Gabenor wanita pertama Bank Pusat Pakistan meninggal dunia pada usia 71 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang cedera kereta dinaiki rempuh pam stesyen minyak

Bernama
Bernama
04/01/2020
06:16 MYT
Dua maut, seorang cedera kereta dinaiki rempuh pam stesyen minyak
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan sebuah kereta yang merempuh pam di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan pagi tadi. - Gambar SINAR HARIAN
Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pam minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira 6.26 pagi ini dan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas dan melanggar pam stesen minyak.
"Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Prem Jayapal, 32, yang memandu kereta berkenaan manakala penumpangnya, juga seorang lelaki, masih belum dikenalpasti identitinya," katanya menerusi kenyataan akhbar.
Khairul Azhar berkata, seorang lagi penumpang iaitu seorang wanita, C.Edriana, 20-an mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini oleh EMRS.
Beliau berkata operasi menyelamat kemudian ditamatkan kira-kira 7.40 pagi ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua lelaki maut
#Johor Bahru
#Kampung Melayu Pandan
#rempuh pam stesyen minyak
#seorang wanita cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan