Dua pekerja binaan maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian runtuhan tiang dan kerangka bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan perindustrian Perai, Perai pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Moktar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan pada jam 4.42 petang.

Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, pihaknya mendapati dua mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah.

Dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala pihak JBPM berusaha untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dilaporkan masih berada di bawah runtuhan.

Mangsa dihempap tiang dan kerangka bumbung bangunan.

Mangsa yang meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dihempap kerangka tiang bangunan bumbung tersebut.

Menurut Saadon, semua pekerja yang terlibat dalam kejadian itu adalah warga asing dan mereka sedang menjalankan kerja pembinaan di tapak membina semula kilang yang pernah terbakar sebelum ini.

Setakat ini identiti semua pekerja lelaki itu masih belum dikenal pasti.

Tiang dan kerangka bumbung bangunan runtuh.