Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan dipercayai membabitkan empat kenderaan di Kilometer 14.5 Lebuhraya NKVE, pagi tadi.

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi melibatkan tiga lori dan sebuah kereta dari arah Damansara ke Subang.

"Dua maut termasuk seorang wanita manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Laluan lorong kanan dan kedua arah utara masih terhalang.

Kerja-kerja menyelamat dan pengalihan dilaksanakan dI lokasi kejadian.

Terkini laluan dari Shah Alam ke Petaling Jaya dilapor sesak, pengguna dinasihat keluar ke Plaza Tol Damansara sebagai laluan alternatif.