awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan diculik di perairan Semporna

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
11/09/2018
03:55 MYT
Dua nelayan diculik di perairan Semporna
Ini merupakan bot nelayan yang dinaiki mangsa sebelum diculik dua lelaki bertopeng dan bersenjata M16 di Pulau Gaya, Semporna tengah malam tadi.
Dua kru bot warga asing dipercayai diculik sekumpulan lelaki ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Gaya, Semporna, tengah malam tadi.
Kedua-dua mangsa berumur lingkungan 30-an diculik oleh dua suspek yang bertopeng dan memegang senjata M16.
Ketika kejadian terdapat empat nelayan berada di atas bot nelayan yang sedang belabuh sebelum penculik hanya melarikan dua daripada mereka.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika ditemui hari ini mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.
"Lebih kurang dalam jam 12 tengah malam, satu kes penculikan telah berlaku di perairan Pulau Gaya melibatkan dua suspek yang membawa senjata M16.
"Dua nelayan ini menaiki sebuah bot telah diculik dan dibawa ke satu tempat sehingga sekarang tidak pasti dimana. Pihak polis masih lagi menyiasat identiti mereka.
"Kita percaya bahawa kes penculikan ini mempunyai kaitan dengan kumpulan penculikan untuk tebusan (KFR). Namun, setakat ini kami belum menerima apa-apa permintaan dari mana-mana pihak untuk menuntut wang tebusan," katanya.
Topic Berkaitan
#culik
#Omar Mammah
#penculikan
#Pesuruhjaya Polis Sabah
#Pulau Gaya
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan