awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selamat pulang

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2016
10:49 MYT
Dua nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selamat pulang
Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong tiba di Jeti Pantai Redang pada kira-kira jam 5.30 petang tadi. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Dua nelayan di Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu, akhirnya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Nelayan berkenaan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong tiba di Jeti Pantai Redang sekitar jam 5.30 petang ini.
Walaupun keletihan, kedua-dua mereka menzahirkan kegembiraan sebaik sahaja ternampak kelibat ahli keluarga masing-masing.
"Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini.
"Kami pun baru sahaja mengetahui tentang pembebasan kami semalam," kata Chee Yong.
Lee Teck pula melahirkan perasaan yang sama seperti rakannya.
Ketika ditanya keadaan ketika dalam tahanan, kedua-duanya menggelengkan-gelengkan kepala sebelum Lee Teck menyatakan bahawa ianya amat sukar.
"Kami menderita," jawabnya ringkas.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pembebasan mereka diluluskan berikutan Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menandatangani surat pengampunan terhadap nelayan berkenaan.
Heng Chee Yong kelihatan gembira diapit ahli keluarga. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Heng Chee Yong (baju ungu) kelihatan gembira diapit ahli keluarga. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
"Oleh kerana mahkamah Indonesia telah menjatuhkan hukuman dan tempoh rayuan telah tamat, usaha telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menghubungi Presiden Jokowi," kata Zahid.
Kementerian Luar sebelum ini, mengesahkan tiga bot nelayan Malaysia iaitu SLFA 4625, PKFB 1512 dan KHF 1917, ditahan pihak berkuasa Indonesia.
Berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia dan Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-Peniaga Ikan Sekinchan, tangkapan itu dilakukan di perairan Malaysia serta tidak konsisten dengan persefahaman sedia ada antara kedua-dua negara berhubung isu berkaitan perikanan.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Najib Razak
#nelayan bebas
#Nelayan Sekinchan
#pihak berkuasa Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan