awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai SPRM ditahan selepas beri keterangan di IPD Putrajaya

Wan Syamsul Amly, Israr Khalid
Wan Syamsul Amly, Israr Khalid
05/08/2015
12:00 MYT
Dua pegawai SPRM ditahan selepas beri keterangan di IPD Putrajaya
Pegawai-pegawai SPRM berkenaan meninggalkan IPD Putrajaya selepas memberi keterangan. - Astro AWANI
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah dipanggil polis sebelum ini ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya pada petang Rabu.
Kedua-duanya kini dibawa polis ke ibu pejabat SPRM untuk proses geledah maklumat.
Terdahulu, kedua-duanya didapati hadir di IPD Putrajaya bersama Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai untuk memberi keterangan.
Menurut jurucakap SPRM, ketiga-tiga pegawai berkenaan yang dipanggil pada pukul 3 petang keluar daripada IPD Putrajaya pada kira-kira pukul 6.45 petang.
"Mereka dipanggil berhubung kes kebocoran maklumat 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Dua lagi yang ditahan sebelum ini turut dipanggil bersama Kang Sai.
"Namun dua pegawai itu selain Kang Sai ditahan dan polis membawa mereka ke ibu pejabat SPRM untuk proses geledah dokumen serta barangan berkaitan seperti komputer dan lain-lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan, salah seorang pagawai yang ditahan adalah Pegawai Bahagian Operasi Khas SPRM, Roslan Che Ahmad.
Roslan sudah diambil keterangannya oleh polis pada Isnin bersama dua lagi pegawai iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik SPRM, IG Chandran.
Bagaimanapun, jurucakap berkenaan masih belum mendedahkan nama seorang lagi pegawai yang ditahan.
Kang Sai merupakan pegawai SPRM ketujuh yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas dua pegawai dari Bahagian Operasi Khas diminta berbuat demikian semalam.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#1MDB
#SPRM
#Tan Kang Sai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan