awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras longkang

Bernama
Bernama
30/10/2017
13:41 MYT
Dua pelajar lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras longkang
Roslan berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang bermula sejurus selepas laporan diterima petang ini akan diteruskan sehingga pagi esok. - Gambar hiasan
Dua pelajar tingkatan satu hilang dan dikhuatiri lemas setelah terjatuh lalu dihanyutkan arus deras longkang berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, berhampiran Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa terbabit Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing berumur 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata siasatan awal mendapati tiga pelajar lelaki dikatakan sedang menyeberangi longkang berkenaan selepas habis waktu persekolahan berhampiran sekolah menengah di taman perumahan itu.
BACA: Ibu kota dilanda banjir kilat, pemandu disaran cari laluan alternatif
"Sewaktu kejadian arus di longkang berkenaan deras dan dua daripada mereka telah dihanyutkan arus. Seorang lagi rakan mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.
Roslan berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang bermula sejurus selepas laporan diterima petang ini akan diteruskan sehingga pagi esok.
"Kita akan melakukan pencarian dari kawasan mangsa terjatuh sehingga ke Lombong Kampung Muhibah dengan anggaran jarak satu kilometer.
"Sekiranya belum ditemui juga kita akan meminta bantuan unit penyelam bagi usaha mengesan mangsa. Kita juga belum mendapatkan keterangan penuh daripada mangsa yang selamat kerana dia masih trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya.
Beliau berkata operasi SAR yang bermula petang tadi itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#lemas
#mangsa
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan