Dua pelajar berusia 12 tahun maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 19 kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras petang tadi.
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu adalah pelajar Tahun Enam di sebuah sekolah kebangsaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Safiq Mohd Noor berkata berdasarkan maklumat awal, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 15 motosikal yang diletakkan di hadapan sekolah.
Lori terbabit seterusnya melanggar sebuah van dan terbalik menindih van itu. Difahamkan, dua pelajar yang maut itu berada berdekatan van berkenaan.
Turut terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah kereta Proton Wira dan Perodua Alza.
"Kita menggunakan kren untuk mengangkat lori dan juga van dimana di bawahnya, kita melihat ada dua orang mangsa dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan merupakan pelajar sebuah sekolah kebangsaan," kata Mohd Safiq.
Mayat mangsa dihantar ke sebuah hospital dan telah dituntut ahli keluarga, manakala pelajar yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Astro Awani
Thu Jan 14 2016
Kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 15 motosikal yang diletakkan di hadapan SMK Bandar Damai Perdana.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Skandal lori hantu: Suspek dijangka dihadap ke mahkamah sebelum Aidilfitri - SPRM
SPRM ketika ini sedang siapkan 70 kertas siasatan yang ketika ini hampir ke penghujungnya.
SPRM panggil 24 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang bantu siasatan
SPRM hari ini mengambil keterangan 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu lori.
Lori hantu rempuh pelajar: Pemaju dakwa lori dicuri sebelum kemalangan
Lori hantu yang terlibat dalam kemalangan di hadapan SMK Bandar Damai Perdana didakwa dicuri sebelum merempuh dua pelajar sekolah sehingga maut.
JPJ Selangor terus pantau lokasi panas lori hantu
JPJ Negeri Selangor akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi tumpuan lori hantu terutama di kawasan pembinaan dan perindustrian.
Peralatan canggih untuk pantau keselamatan di pintu masuk
Keselamatan di pintu masuk seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan telah ditingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman.
Dua pelajar maut dilanggar lori hantu
Dua pelajar berusia 12 tahun maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 19 kenderaan di hadapan SMK Bandar Damai Perdana, Cheras petang tadi.