awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar yang cedera dirompak di Afrika Selatan telah dibenarkan keluar hospital

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2020
10:13 MYT
Dua pelajar yang cedera dirompak di Afrika Selatan telah dibenarkan keluar hospital
Kementerian sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua lagi ditikam dalam insiden berkenaan. - Gambar hiasan
Wisma Putra hari ini memaklumkan kempat-empat pelajar Malaysia yang tercedera dalam insiden rompakan di Durban, Afrika Selatan pada hari Jumaat, 3 Januari lalu telah menerima rawatan di Hospital King Edward, Durban dengan dua daripada mereka telah dibenarkan keluar.
Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria juga telah melawat para pelajar terbabit.
“Empat orang pelajar Malaysia yang berumur di antara 19 sehingga 27 tahun yang cedera telah menerima rawatan di Hospital King Edward, Durban.
“Dua orang daripada mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala dua orang lagi masih menerima rawatan," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah kenyataan itu lagi, pihak keluarga dan pengurusan pusat pengajian pelajar terbabit telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
Selain itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria juga akan terus memantau keadaan mangsa dan memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terpelihara.
Kementerian sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua lagi ditikam dalam insiden berkenaan.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Durban
#Hospital
#Hospital King Edward
#Kementerian Luar
#Malaysia
#pelajar diserang
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan