Dua pesawat KT-13 dari Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sebentar tadi.

Kejadian disahkan di laman Twitter Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia, @myTUDM.

Ia turut melaporkan bahawa sehingga kini dua juruterbang pesawat tersebut disahkan selamat setelah menggunakan kerusi anjal.

Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia
Dua juruterbang disahkan selamat menggunakan kerusi anjal. -Gambar: Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia