Dua rakan maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 86 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang, di sini, awal pagi ini.
Kejadian jam 4.45 pagi itu menyebabkan penumpang kereta, Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42 tahun, dan rakannya, Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32 tahun, maut di tempat kejadian.
Mereka mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, kejadian berlaku ketika Perodua Viva yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.
"Sampai di tempat kejadian, pemandu kereta itu, Nukman Salleh, 39 tahun, dipercayai terlelap lalu kenderaan itu melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.
"Akibat kemalangan ini, dua penumpang kereta berkenaan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
Azli berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Noraniza Kamsani
Fri Nov 29 2019
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, pemandu Perodua Viva dipercayai terlelap. - Foth ihsan PDRM
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Kes khatan: Kelewatan kakitangan perubatan bertindak punca alat sulit gagal diselamatkan - Hakim
Ketika menyunatkan plaintif yang ketika itu berusia 10 tahun, seorang pembantu hospital di Hospital Kuala Lipis secara tidak sengaja telah terpotong keseluruhan kepala zakar mangsa.
Lelaki tersepit jentolak terbalik
Kejadian yang berlaku di sebuah kebun di kampung itu melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun.
Dua rakan maut, kereta rempuh belakang lori
Kejadian berlaku ketika Perodua Viva yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.
Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan
Lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa kecuaian itu telah menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan.