awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja ditahan, dua diburu dipercayai rogol pelajar tingkatan satu

Bernama
Bernama
18/09/2016
05:44 MYT
Dua remaja ditahan, dua diburu dipercayai rogol pelajar tingkatan satu
Dua lagi remaja lelaki terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar Ayer Hitam bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Polis menahan dua remaja lelaki dan sedang memburu dua yang lain kerana dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu di sebuah pondok di kebun kelapa sawit, Kampung Manong, Ayer Hitam dekat Batu Pahat, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dua remaja lelaki yang berumur 14 dan 15 tahun serta tinggal di kawasan Ayer Hitam dan Parit Raja, Batu Pahat itu ditahan kira-kira 2 petang semalam di kawasan Ayer Hitam.
"Siasatan awal mendapati remaja perempuan berusia 13 tahun dan bersekolah di Parit Raja berkenaan didapati mengenali seorang daripada remaja lelaki terbabit menerusi aplikasi WeChat sejak 8 September lepas," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Abdul Wahib berkata terdahulu, pada kira-kira 9 malam, Khamis lepas, remaja perempuan terbabit memberitahu ibunya bahawa dia mahu keluar rumah untuk belajar di rumah rakannya di Parit Raja.
Beliau berkata sebenarnya, remaja perempuan terbabit sudah berjanji dengan seorang daripada remaja lelaki terbabit untuk keluar makan di sekitar Parit Raja.
Katanya remaja perempuan itu mengikut remaja lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal ke pekan Ayer Hitam dan dia kemudian dibawa berjumpa tiga remaja lelaki lain sebelum kesemua mereka pergi ke pondok tersebut menunggang tiga motosikal.
Menurut Abdul Wahib, remaja perempuan itu kemudian dirogol bergilir-gilir di pondok tersebut, namun, dia dan kesemua empat remaja lelaki itu melarikan diri apabila penduduk kampung menyedari kejadian berkenaan.
"Mangsa (remaja perempuan) menyorokkan diri di belakang sebatang pokok manakala kesemua empat remaja lelaki itu melarikan diri dengan meninggalkan dua motosikal mereka.
"Penduduk kampung kemudian bertindak menghubungi bapa mangsa lalu bapa mangsa datang mengambil mangsa dan seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Hitam," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol dan polis giat mengesan dua lagi remaja lelaki terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar Ayer Hitam bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#bawah umur
#remaja
#remaja diburu
#rogol
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan