awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
08/08/2020
10:24 MYT
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan. - Astro AWANI
Semua pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, Perlis akan menjani proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) secara atas talian bermula Isnin ini susulan penutupan kedua-dua sekolah itu.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan memandangkan kesemua guru di sekolah terlibat terpaksa menjalani tempoh kuarantin wajib selama satu minggu.
Tegasnya, pihaknya telah menerima maklumat mengenai penetapan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis bagi dilaksanakan di kedua-dua buah sekolah terbabit.
"Tiada maklumat terbaru (kes di Perlis) cuma sekarang ni kita tengok sekolah la, khususnya dua sekolah dalam kawasan yang terlibat Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang,
"Sudah ada SOP yang dikeluarkan pihak jabatan pendidikan, yang mana guru-guru sekarang ini terpaksa dikuarantin untuk tujuh hari, dan kelas-kelas akan dibuat secara 'online', itu yang terbaru," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Seni Silat Negeri Perlis, di sebuah hotel di Kangar pada Sabtu.
Semalam, Azlan dalam satu sidang media mengesahkan terdapat 11 kes positif COVID-19 di negeri Perlis termasuk 10 kes baharu yang dicatatkan pada Jumaat.
Tambahnya, kesemua pesakit termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, seorang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit pertama daripada kluster berkenaan di Perlis.
Topic Berkaitan
#atas talian
#Azlan Man
#Menteri Besar Perlis
#pengajaran dan pembelajaran
#Perlis
#Sanglang
#SK Sanglang
#SMK Sanglang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan