awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua termasuk pelancong Belanda hilang selepas banjir kilat di Taman Negara Mulu

Bernama
Bernama
12/07/2019
20:17 MYT
Dua termasuk pelancong Belanda hilang selepas banjir kilat di Taman Negara Mulu
Bomba Marudi serta Unit Udara Bomba Miri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan telah ke lokasi kejadian sebaik sahaja mereka mendapat maklumat yang tepat dari pihak berkaitan. - Gambar fail/sarawaktourism.com
Dua hilang termasuk seorang pelancong asing ketika banjir kilat berlaku di Gua Rusa di Taman Negara Mulu pada pukul 5.50 petang Jumaat.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima dari polis, selain seorang pelancong Belanda turut gagal dikesan ialah seorang pemandu pelancong rakyat tempatan, manakala lapan pelancong yang turut berada di lokasi sama terselamat.
"Polis Marudi masih menunggu laporan terkini dari polis Mulu mengenai status dua mangsa yang dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini malam tadi.
Beliau berkata Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak serta Bomba Marudi telah menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi pada pukul 6.00 petang Jumaat.
Katanya Bomba Marudi serta Unit Udara Bomba Miri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan telah ke lokasi kejadian sebaik sahaja mereka mendapat maklumat yang tepat dari pihak berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Bomba Marudi
#hilang
#Jerman
#mangsa
#Miri
#Mulu
#Pasukan Gerakan Operasi
#pelancong
#pelancong Jerman hilang
#PGO
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan