awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita dipercayai conteng mural pemimpin negara diburu

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/07/2020
10:12 MYT
Dua wanita dipercayai conteng mural pemimpin negara diburu
Rakaman CCTV memaparkan imej dua individu terbabit tular di media sosial. Gambar/ media sosial
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi memaparkan imej pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, menjadi viral sejak tengah hari Isnin.
Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.
Mereka dipercayai menconteng kata-kata kesat terhadap gambar pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong sebelum beredar.
BACA: Mural papar potret pemimpin negara diconteng perkataan kesat
BACA: Sultan Selangor anggap tindakan conteng mural pemimpin negara bermotif politik kebencian
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk memburu individu yang bertanggungjawab.
"Laporan polis dibuat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11.53 pagi di Balai Polis Seksyen 6 dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 / 427 Kanun Keseksaan.
"Pihak MBSA juga bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan," katanya.
Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkan kepada Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran.
Topic Berkaitan
#CCTV
#kereta
#MBSA
#media sosial
#politik
#shah alam
#siasatan
#Sultan Selangor
#video
#wanita
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan