awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga asing diberkas bersama 4,000kg kulit kayu bakau

Radhi Muslim
Radhi Muslim
17/11/2019
01:20 MYT
Dua warga asing diberkas bersama 4,000kg kulit kayu bakau
PGA Batalion 20 Beluran menemui empat longgokan kayu bakau dianggarkan bernilai RM52,000 di kawasan Hutan Simpan Sungai Sugut. Foto ihsan Pasukan Polis PGA Sabah
Dua warga asing diberkas bersama 4,000 kilogram kulit kayu bakau di kawasan Hutan Simpan Sungai Sugut, di sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, suspek lelaki berumur 36 dan 37 tahun itu dipercayai warga Filipina.
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum kejadian, pihaknya yang sedang menjalankan Op Khazanah terserempak dua lelaki terbabit di hutan berkenaan.
Kedua-duanya ketika itu sedang leka memotong kayu bakau dengan menggunakan kapak.
Menurutnya, lokasi berkenaan kemudiannya diperiksa lalu pihaknya menemui empat longgokan kayu bakau dianggarkan bernilai RM52,000.
"Turut ditemui dan dirampas, tiga sampan kecil, tukul dan kapak, disyaki digunakan untuk kegiatan terbabit.
"Kedua-dua suspek kemudiannya ditangkap untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.
Kedua-dua suspek ditangkap untuk tindakan lanjut. Foto ihsan Pasukan Polis PGA Sabah
Kedua-dua suspek ditangkap untuk tindakan lanjut. Foto ihsan Pasukan Polis PGA Sabah
Katanya, suspek dilaporkan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ditangkap kerana dipercayai menceroboh hutan simpan berkenaan.
Foto ihsan Pasukan Polis PGA Sabah
Topic Berkaitan
#Beluran
#Filipina
#hutan simpan
#Hutan Simpan Sungai Sugut
#kayu bakau
#Mohd Nasaruddin M Nasir
#polis
#suspek
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan