Polis menahan sepasang warga Myanmar bagi membantu siasatan kes pemandu Grab, Aiman Nosri yang ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher di Selayang dekat sini Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia lingkungan 20-an dan 30-an di sekitar Selayang pada pukul 1 pagi ini.
“Siasatan lanjut masih dilakukan dan kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Sementara itu, hasil bedah siasat terhadap mayat mendapati mangsa sesak nafas sebelum mati selain terdapat kesan melecet dipercayai dijerut namun punca kematiannya disebabkan sesak nafas kerana didakwa ditekup menggunakan baju-T miliknya.
Motif pembunuhan masih disiasat dan siasatan awal polis turut mendapati dompet dan telefon bimbit milik mangsa hilang dalam kejadian itu.
Kira-kira pukul 8.20 malam Sabtu lepas, Aiman, 27, ditemui mati dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher di dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur di sini.
Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru.
Sinar Harian
Tue Jun 26 2018
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu. -Gambar fail
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung
Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.
Dua lelaki warga asing didakwa bunuh pemandu Grab
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Sua Lay, 33, dan Gurpreet Singh, 23.
Suspek terakhir ditangkap, kes bunuh pemandu Grab boleh diselesai segera
Kes pembunuhan pemandu Grab, Aiman Nosri pada Sabtu lepas boleh diselesai segera susulan penangkapan seorang kelindan lori malam tadi dipercayai suspek terakhir kejadian itu.
Aiman tidak dilindungi Perkeso
Pemandu Grab, Aiman Nosri yang ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan pada leher, didapati tidak dilindungi dibawah Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Pemandu mati dijerut: Jangan dedah maklumat peribadi mangsa - Grab
Grab sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan melibatkan mangsa Aiman Nosri.