awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Duit raya Felda? Ada ka?" - Dr. Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/05/2019
10:36 MYT
"Duit raya Felda? Ada ka?" -  Dr. Mahathir
Dr Mahathir serahkan pada Mohamed Azmin Ali mengenai keputusan 'duit raya' Felda. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berhubung keputusan pemberian ‘duit raya’ kepada peneroka Felda.
Menurut Perdana Menteri, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
“Ada ka? (Tun tanya Guan Eng) Saya tak tahu. Pegawai kerajaan kita sudah bagi dah. Tetapi tak tahulah mereka ini pegawai atau tidak. Kena tanya Azmin,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kompleks Kementerian Kewangan, di sini pada Isnin.
Turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Sebelum ini Azmin berkata, kerajaan ini tidak mempunyai keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara, susulan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.
Sebaliknya, kata Azmin, tumpuan kerajaan kini ialah mahu memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri. BACA: Tidak ada duit raya buat peneroka Felda setakat ini - Azmin Ali
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Duit Raya Felda Ada ka - Dr Mahathir
#Felda
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan