'SETIAP manusia ingin berjaya, namun tak semua miliki tuah...'
Demikian sebahagian bait-bait lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian penyanyi terkenal Ella yang dicipta oleh komposer terkenal Wah Idris.
Lagu itu jugalah yang sering dialunkan oleh seorang wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) jika anda melewati pekarangan gedung beli-belah Sogo pada hujung minggu.
Nurul Shakina Teh Abdullah, 42, adalah namanya. Mesra dipanggil sebagai Nurul, dia sering dipuji dek alunan suaranya yang merdu dan mampu mencapai not tinggi dengan mudah.
Wanita dengan kelainan upaya penglihatan itu malah popular di laman sosial lantaran video nyanyiannya di kaki lima itu, khususnya lagu dendangan Ella tersebut, yang menjadi antara lagu kegemaran beliau sejak dulu.
Menyingkap sedikit sejarah lagu berkenaan, ia digubah dan dicipta pada tahun 1998 bersempena temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur ketika Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah bagi kejohanan berprestij itu.
Daripada lirik sehinggalah melodinya, lagu itu terus malar segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia dan mampu memberi semangat kepada atlet dan penyokong setia sukan negara setiap kali ia dimainkan.
Kisah diri dalam lirik
Namun, sebahagian lirik itu seolah-olah menggambarkan situasi yang dihadapi Nurul setiap kali ia dilantunkan.
Ketika Astro AWANI mendekati beliau, Nurul tidak banyak berbeza dengan orang lain yang kerap dilihat mencari rezeki sampingan dengan menghiburkan orang ramai di jalanan.
Begitupun, persepsi kami berubah sebaik sahaja soalan demi soalan mula dilontarkan kepada beliau. Setiap jawapan yang dibalasnya mula merungkai sesuatu tentang latar belakangnya.
Mengikut ceritanya, dia pernah bertugas sebagai penyambut tetamu di sebuah syarikat konglomerat selama lebih 20 tahun. Namun, pada dua tahun lalu, dia telah memilih untuk meninggalkan dunia pekerjaan itu secara sukarela.
Begitupun, ada sesuatu yang lebih menarik tentang dirinya.
Nurul sebenarnya merupakan seorang bekas atlet OKU yang pernah mengharumkan nama negara satu ketika dahulu dalam sukan renang kategori B2 (kecacatan penglihatan).
Pada Para Games 2003 yang berlangsung di Vietnam, Nurul telah melakar kejayaan yang menakjubkan apabila berjaya menggondol dua pingat emas, dengan salah satunya berjaya memecahkan rekod kejohanan bagi acara dalam temasya itu.
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini juga pernah mewakili negara pada temasya Para Games Kuala Lumpur 2001, Sukan Para Asean Busan 2002, dan Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2006.
Atas kecekalan, azam dan pencapaiannya, Nurul pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik Pulau Pinang pada 2012, selain pernah merangkul gelaran yang sama di Selangor satu ketika dahulu.
"Dulu saya bermula dengan menjadi atlet Pulau Pinang. Bila pindah ke KL ni saya pernah juga jadi atlet untuk Selangor.
“Kenangan paling best tu bila jadi atlet negara dalam acara renang dan menang pingat emas pada Para Games di Vietnam. Lebih manis bila akak berjaya pecahkan rekod masa tu,” imbasnya yang masih ingat tentang saingan hebat daripada atlet Thailand ketika itu.
Ketika itu, pujian datang mencurah. Semua orang berbangga dengan pencapaiannya kerana mencurah keringat dan memerah tenaga demi mengharumkan nama Malaysia.
Detik manis itu, walaupun segar dalam ingatan Nurul, tetap sudah berlalu.
Kini, dia hanya mampu meraih pendapatan dengan mengharapkan belas kasihan orang ramai yang mendengar persembahan nyanyiannya di kaki lima.
“Saya akan berada di depan Sogo ni dua kali seminggu iaitu hujung minggu sahaja. Kalau ada cuti umum pun saya akan ke sini. Pendapatan tu kadang tak tentu sebab kita hanya mengharapkan sumbangan ikhlas orang.
“Tapi setakat ni… bolehlah untuk meneruskan hidup,” ujarnya sambil melepaskan hela nafas berat.
Siapa bela nasib?
Tidakkah bermain di fikiran kita semua, apakah bentuk bantuan yang yang sepatutnya diberikan oleh badan-badan bertanggungjawab demi menjaga kebajikan bekas atlet negara ini?
Apatah lagi ketika golongan OKU seperti Nurul ini yang masih menggagahkan diri ‘menjual’ suara di jalanan demi mencari sesuap nasi.
Wajarkah wanita yang pernah membawa kilauan emas untuk negara ini dibiarkan begitu sahaja?
Lebih menambah cabaran, Nurul kini bergelar ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya yang kini berusia 12 dan 8 tahun, selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Hanya berbekalkan bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pendapatan tambahan dari hasil alunan suara di depan Sogo, Nurul meneruskan perjalanan hidupnya tiga beranak.
Sementara menunggu hari mendatang lebih cerah, Nurul akan terus menyanyi demi tanggungannya. Lagu ‘berhantu’ Standing In The Eyes Of The World akan terus menjadi pilihan dan berkumandang di jalanan itu.
“Akak ingin sangat jumpa Ella,” katanya secara berseloroh namun jujur, bahawa itulah penyanyi pujaannya.
Nurul akan terus menjentik naluri orang ramai yang turut terikut menyanyikan lirik keramat tersebut.
'….Pahit getir hidup, dan pengorbanan… Terpaksa dihadapi demi kejayaan…'
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Oct 22 2017
Nurul Shakina suatu masa dahulu pernah disanjung sebagai olahragawati terbaik. - Foto: Facebook
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.