awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Selangor: Saari Sungib bentang usul tangguh operasi DEIG

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
19/08/2015
11:18 MYT
DUN Selangor: Saari Sungib bentang usul tangguh operasi DEIG
SAARI: Operasi syarikat ini perlu ditangguhkan sehingga kertas putih mengenainya dibentangkan dalam dewan.
Operasi Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) perlu ditangguhkan selama enam bulan sehingga kertas putih mengenainya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.
Saari yang membentangkan usul penangguhan DEIG ketika sidang DUN hari ini berkata kertas putih itu harus menerangkan sebab dan keperluan syarikat itu wajar diwujudkan.
"Operasi syarikat ini perlu ditangguhkan sehingga kertas putih mengenainya dibentangkan dalam dewan.
"Kerisauan kami adalah apakah keperluan DEIG apabila Menteri Besar Incorporated (MBI) menjalankan fungsi yang sama?"
"Kami mahukan ketelusan serta kebertanggungjawaban," kata beliau kepada ahli media di lobi DUN hari ini.
Isu DEIG mula mendapat perhatian ramai sejak pengumuman penubuhannya oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Menurut beliau, ia ditubuhkan sebagai entiti telus yang memfokuskan sektor pelaburan serta aset kerajaan negeri.
DEIG, yang dimiliki sepenuhnya Menteri Besar Incorporated (MBI), diwujudkan bagi mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.
Tugas MBI berada di peringkat dasar manakala DEIG pula menguruskan pelaburan mengikut enakmen sedia ada yang akan ditambah baik dari masa ke masa.
Sebelum ini, dilaporkan persidangan dewan panas apabila bekas menteri besar tan sri abdul khalid ibrahim bangun mempersoalkan kewujudan entiti itu ketika azmin memberi penjelasan kepada peranan deig.
Khalid mempertikaikan kewujudan deig yang ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan dun selangor.
Selain khalid, aduan dari pihak barisan nasional dan kerajaan negeri turut mempersoalkan peranan serta ketelusan DEIG.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#DEIG
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#operasi
#Saari Sungib
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan