Status terkini isu kontroversi membabitkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dijangka menghangatkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ia terkandung pada soalan pertama dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang dibangkitkan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu pembaharuan yang telah dilakukan pentadbiran baharu Nafas.
Dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pula, antara yang menarik perhatian adalah soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu sejauh mana kemajuan yang dicapai Bank Negara Malaysia untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.
Soalan lain yang turut disiarkan di laman web Parlimen itu adalah daripada Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang meminta penjelasan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilihat kurang memberangsangkan terutamanya di media massa dan media sosial.
Tidak kurang menarik adalah pertanyaan daripada Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (PH-Johor Bahru) yang meminta penjelasan jika ada cadangan penguatkuasaan terhadap penggunaan rokok elektronik atau "vape" khususnya dalam kalangan pengguna bawah umur 18 tahun.
Usai sesi itu, tumpuan beralih pula kepada cadangan pembentangan penambahbaikan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 dan cadangan pengisytiharan harta semua ahli Dewan Rakyat termasuk isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.
Persidangan kemudian terarah kepada perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Syed Ibrahim ingin tahu pembaharuan yang telah dilakukan pentadbiran baharu Nafas. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).