Malaysia berkata dunia memerlukan pendekatan saintifik lebih meluas bagi mendepani pandemik berikutnya yang melangkaui sains perubatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pendekatan itu antara lain perlu merangkumi sosial, tingkah laku dan data saintis kerana pandemik mendatangkan kesan sosial yang mendalam.
Beliau melontarkan idea itu semasa Dialog Maya Menteri-Menteri Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai COVID-19 dan Sains Terbuka yang berlangsung pada Isnin sambil memaklumkan perkembangan terkini situasi wabak tersebut di Malaysia.
"Saya turut membangkitkan keperluan segera untuk mewujudkan pusat simpanan antarabangsa bukan hanya untuk penyelidikan perubatan tetapi juga inovasi teknologi seperti kejayaan kejuruteraan balikan dalam menghasilkan peralatan penting yang akan menjadi sumber terbuka.
"Malaysia juga membangkitkan keperluan sumber terbuka untuk rekaan aplikasi bagi membantu pengesanan kontak dan amalan terbaik dalam mengimbangi keberkesanan aplikasi dan kerahsiaan data peribadi," katanya melalui ciapan di akaun Twitter.
Ahli Parlimen Rembau itu juga memaklumkan bahawa Malaysia berhasrat untuk mendengar pengalaman negara yang telah membangunkan kit ujian pantas (RTK) tetapi tidak mempunyai kadar ketepatan seperti ujian RT-PCR yang memiliki piawaian standard tinggi namun mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan keputusan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 30 2020
Khairy berkata pendekatan itu antara lain perlu merangkumi sosial, tingkah laku dan data saintis. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Mungkin pegawai polis senior lindungi kegiatan haram
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
Dunia perlu pendekatan saintifik lebih meluas hadapi pandemik berikutnya - Khairy
Dunia memerlukan pendekatan saintifik lebih meluas bagi mendepani pandemik berikutnya yang melangkaui sains perubatan.