Wisma Putra akan memanggil Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang berhubung kenyataannya yang dianggap sebagai campur tangan dalam isu domestik negara, lapor portal berita, The Star.

Huang akan dipanggil pada Isnin untuk memberi penerangan tentang kenyataannya, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, hari ini.

“Malaysia melihat kenyataannya sesuatu yang serius. Ianya merupakan satu kesalahan untuk masuk campur dalam isu domestik negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketika satu lawatan di Jalan Petaling, sebuah pusat pelancongan popular yang turut dikenali sebagai Chinatown, Huang dilaporkan berkata negara China mengecam golongan yang menggunakan keganasan dalam usaha mengganggu ketenteraman awam.

Kerajaan China cintakan keamanan sesama kaum dalam hubungan antarabangsa dan tidak akan masuk campur dalam mana-mana isu domestik negara-negara lain,” katanya dalam satu temuramah bersama portal berita, Malaysiakini.