awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-hailing motosikal: Garis panduan dibentang ke Kabinet minggu ini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/10/2019
09:26 MYT
E-hailing motosikal: Garis panduan dibentang ke Kabinet minggu ini
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ketika ini individu yang terbabit dalam industri gig ekonomi dan penghantaran makanan tidak tertakluk kepada sebarang peraturan. - Gambar fail/ASTRO AWANI
Garis panduan bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing motosikal, teksi motosikal serta sistem penghantaran makanan akan dibentangkan ke Kabinet pada minggu ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ketika ini individu yang terbabit dalam industri ‘gig ekonomi’ dan penghantaran makanan tidak tertakluk kepada sebarang peraturan.
“Pada ketika ini penunggang motosikal terlibat dalam penghantaran makanan memang tidak ada peraturan. Kabinet telah memutuskan untuk meneruskan aktiviti penghantaran makanan ini.
“Kementerian Pengangkutan telah merangka garis panduan bagaimana untuk kita kawal selia dan saya akan bentangkan kepada jemaah menteri minggu ini juga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkenaan langkah yang akan diambil kerajaan untuk membela terutama golongan yang terlibat dalam ‘gig ekonomi’.
Sementara itu, menjawab soalan asal Ahmad Fahmi, beliau berkata, berdasarkan perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kemalangan jalan raya adalah sebab kematian utama kepada belia berusia 15 hingga 40 tahun.
Statistik menunjukkan belia berusia 16 hingga 30 tahun yang terkorban hampir mencecah purata 2,600 orang setiap tahun bagi tempoh 2016 hingga 2018.
Pada 2016, bilangan belia yang terkorban mencecah 2,818 orang dan bilangan ini menurun kepada 2,693 pada 2017. Pada 2018, bilangan belia terkorban seramai 2,449 orang.
Daripada 2,693 kematian akibat nahas jalan raya yang membabitkan belia pada 2017, 72 peratus daripadanya maut ketika menunggang atau membonceng motosikal.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
#Anthony Loke
#e-hailing
#kabinet
#Menteri Pengangkutan
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan