Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa e-rokok adalah dilarang di dalam Islam (haram), menurut pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.
Beliau berkata, e-rokok dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan, lapor Utusan Malaysia.
"Jadi dengan ketiga-tiga sebab itu, kita katakan ia adalah haram," Abd Shukor dipetik sebagai berkata pada sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015, semalam.
Katanya, fatwa tersebut diputuskan berdasarkan pendirian Majlis Fatwa terhadap penggunaan shisha.
"Kami telah berbincang mengenai rokok dan shisha dan kita boleh menyamakannya dengan vape. Kami telah membuat keputusan dan tidak ada masalah dalam hal ini, " katanya.
Beliau berkata pihaknya telah memutuskan untuk mengeluarkan fatwa itu walaupun Kementerian Kesihatan masih menunggu pakar-pakar untuk membuat keputusan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam minggu lalu berkata shisha dan e-rokok atau kaedah vaping harus dihentikan buat sementara waktu sehingga penemuan mengenai risiko diumumkan dalam masa dua bulan.
Beliau berkata kementeriannya sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan kaedah ini terhadap kesihatan.
Astro Awani
Tue Aug 18 2015
Dr Abd Shukor berkata e-rokok dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.