Dalam tempoh kurang 48 jam sejak pelaksanaan program e-Tunai Rakyat, sebanyak RM18.8 juta telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, program itu menerima reaksi yang menggalakkan apabila setakat 10 malam semalam, sebanyak 784,000 permohonan diterima dan daripada jumlah itu, 672,000 permohonan telah diluluskan.
"Saya harap seluruh rakyat ambil manfaat ini. Ini hadiah daripada kerajaan Pakatan Harapan," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya antara MRT Corp dan MMC-Gamuda JV, di sini hari ini.
Ditanya kebimbangan orang ramai berhubung pencerobohan data peribadi, Lim berkata perkara itu tidak akan berlaku kerana data yang diperoleh tidak akan didedahkan kepada pihak berkepentingan.
"Kalau kita nak sebut data, sudah ada data dari kad pengenalan. Kalau ada apa-apa manfaat pun ianya (data) dari segi trend penggunaan.
"Di sini janganlah terbawa-bawa oleh pihak tertentu yang mungkin iri hati dengan sambutan baik atas e-wallet ini (e-dompet). Mereka cuba memperkotak-katikkan usaha ini," katanya.
Dianggarkan 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet, bermula Rabu (15 Jan) sehingga 14 Mac.
Di bawah program itu, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima RM30 dalam bentuk e-kredit melalui mana-mana aplikasi e-dompet yang terlibat.
Wang tersebut perlu dibelanjakan antara 15 Jan hingga 14 Mac 2020 dan mana-mana bahagian yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tempoh tersebut.-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 17 2020
Di bawah program itu, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima RM30 dalam bentuk e-kredit. - Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Peralihan kuasa perlu dibincangkan secara dalaman - Guan Eng
Perbincangan berhubung peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri perlu dilakukan secara dalaman, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.
Tiada hasrat lanjut tempoh daftar e-Tunai Rakyat - Guan Eng
Kementerian Kewangan tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh dua bulan pendaftaran e-Tunai Rakyat yang akan tamat pada 9 Mac depan.
Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.
E-Tunai: RM18.8 juta dibelanja kurang 48 jam
Dalam tempoh kurang 48 jam sejak pelaksanaan program e-Tunai Rakyat, sebanyak RM18.8 juta telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
e-Tunai Rakyat bantu warga Malaysia ke arah transaksi tanpa tunai
Program e-Tunai Rakyat yang mengagihkan RM30 kepada setiap orang yang layak melalui e-dompet, pastinya akan menyumbang kepada masyarakat tanpa tunai.
Guan Eng nafi e-Tunai Rakyat tidak dapat sambutan
Lim Guan Eng nafi laporan sebuah akhbar tempatan bahawa pemberian e-Tunai Rakyat yang bermula hari ini tidak mendapat sambutan yang baik.
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Pulau Pinang sasar jadi negeri tanpa tunai Mac ini
Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan untuk mengadaptasi sepenuhnya transaksi e-dompet di seluruh negeri pada Mac ini.