Tiga lelaki termasuk dua warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Jumaat atas kesalahan mengedar 20.89 kilogram methamphetamine, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.
M. Dinesh, 25 serta dua warga Iran, Shervin Khoshhalsarvandani, 27, dan Mohammad Mahdi Tyhim Nazlo, 29, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 20,893.80 gram.
Kesalahan tersebut dilakukan di Lot 3580, Pusat Ternakan Ikan, Jalan Behrang Ulu, Kampung Chenein di Behrang Stesen, pada pukul 4.30 pagi pada 15 Jun 2016.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Oct 04 2019
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama. - Gambar hiasan
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera
Kesemua suspek ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.
Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis
Kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun itu bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak tiga hingga sembilan bulan lepas.
Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis
Tiada pengakuan direkodkan daripada A. Nadarajan, 51, dan R. Thasvindran, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
Polis Pahang patah cubaan edar dadah bernilai RM543,559
Polis Pahang berjaya mematahkan cubaan mengedar dadah jenis syabu, heroin dan pil yaba dianggarkan seberat lebih 26 kilogram.
Sindiket edar dadah ke negara jiran guna jalan laut tumpas
Kesemua lapan lelaki termasuk 'mastermind' sindiket itu merupakan warga tempatan berusia antara 23 dan 40 tahun.
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.
Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri
Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram dadah pada 2021.