awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen surat khabar ditipu abang pekerja, rugi lebih RM72,000

Bernama
Bernama
05/09/2018
09:45 MYT
Ejen surat khabar ditipu abang pekerja, rugi lebih RM72,000
Seorang ejen surat khabar akhbar berbahasa Cina rugi RM72,205.65 apabila wang bayaran akhbar daripada pelanggannya dikutip oleh seorang penyamar.
Seorang ejen surat khabar akhbar berbahasa Cina mengalami kerugian RM 72,205.65 apabila wang bayaran akhbar daripada pelanggannya dikutip oleh seorang lelaki yang menyamar ejen.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa yang berusia 38 tahun hanya menyedari perkara itu setelah dimaklumkan oleh pekerjanya yang juga adik lelaki kepada suspek baru-baru ini.
"Suspek dikatakan telah menyamar sebagai ejen akhbar tersebut dan mengutip wang daripada pelanggan rumah serta gerai sejak awal tahun lepas lagi.
"Sebaik sahaja mengetahui hal tersebut, mangsa telah meminta suspek supaya membayar semula wang yang dikutip sebanyak RM 72,205.65 itu, namun tidak diendahkan sehinggalah laporan polis dibuat Balai Polis Mentakab semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebatan, dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ejen suratkhabar
#kes tipu
#menyamar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan