Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat ramai pegawai kerajaan daripada sektor perolehan dan penguatkuasaan yang terlibat menerima rasuah berbentuk ‘pakej’ tertentu.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.
“Dewasa kini, saya boleh katakan ramai terutamanya berkaitan dengan penguatkuasaan dan perolehan diberi rasuah dalam bentuk pakej hiburan contoh bermain golf dan seks, pergi kelab malam dan pusat karaoke.
“Melancong ke luar negara ada yang pergi dengan ‘business class’ satu keluarga pergi atas urusan tender dan sebagainya.
“Ini perkara yang berlaku, jika tiada maklumat kita tidak tahu hanya dua pihak saja yang tahu dan perkara seperti ini tersembunyi sehingga dibuktikan,” katanya dalam program temubual Awani Pagi terbitan Astro Awani, pada Isnin.
Azam ditanya mengenai perkembangan terkini dalam siasatan pihak SPRM mengenai gejala rasuah di dalam negara.
“Contoh lain salah guna kuasa, baru-baru ini seorang wanita Ahli Lembaga yang terlibat dalam tender, dia terlibat dengan keputusan tanpa memberi pengisytiharan kepentingannya, memberi projek kepada anak sendiri dan akhirnya duit itu juga masuk ke dalam akaunnya secara tersembunyi," tegas beliau.
Selain itu, Azam turut menyenaraikan pemberian rasuah melalui diskaun yang berlebihan kononnya dipersetujuai oleh penjual dan pembeli.
“Diskaun tertentu seperti membeli hartanah dengan harga yang murah daripada harga pasaran ketika kedua pihak mempunyai urusan rasmi, inilah bentuk rasuah yang berleluasa ketika ini,” jelasnya.
TIDAK PERLU PINDA HUKUMAN, PERLU BERI PENGAJARAN
Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk meminda Akta SPRM 2009 bagi mencadangkan lebih hukuman berat dikenakan kepada perasuah, Azam berkata, hukuman tersebut telah memadai namun, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang memberi pengajaran kepada masyarakat.
“Apabila hukuman itu dikenakan kepada pesalah, ia sepatutnya mendatangkan kesan keinsafan kepada pesalah dan orang ramai.
“Menjadi satu cabaran kepada SPRM, pentingnya penyiasat apabila menuduh di mahkamah kita mesti yakinkan mahkamah kesalahan ini melibatkan kepentingan awam dan memudaratkan rakyat.
“Hukuman mestilah mendatangkan kesan kepada masyarakat, bukan satu hari atau seminggu penjara, orang akan bandingkan mencuri ayam dikenakan hukuman tiga bulan penjara mana boleh rasuah seminggu saja, denda orang boleh bayar begitu saja,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, sebelum ini bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pernah mencadangkan untuk memasukkan hukuman sebat kepada perasuah.
Afiezy Azaman
Mon Dec 09 2019
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas cuba menyogok anggota itu sebanyak RM170 bagi mengelak disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen sah di sini Isnin lepas.
Penolong pegawai penerangan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah
Seorang penolong pegawai penerangan didakwa atas 10 pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan tender menyedia perkhidmatan bekalan makanan kepada syarikat milik ahli keluarganya.
PRN Melaka: SPRM lancar bilik gerakan
SPRM hari ini melancarkan bilik gerakan PRN Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya itu.
Tiga pengarah syarikat buat tuntutan palsu direman SPRM
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tohmahan mengemukakan tuntutan palsu pembekalan implan ortopedik.
SPRM Perak akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang
Ia susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat untuk pelaksanaan projek ternakan udang.
Sindiket penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi pula direman
Mereka yang terlibat dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan prabayar.
Terima rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 9 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan.
Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok
Kedua-dua individu tersebut masing-masing bakal menghadapi 49 pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.
[EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM
Kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mencabar Seksyen 41(A) Akta SPRM dan Seksyen 71 AMLA 2001.