awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
RUU Tadbir Urus AI perkenal tanggungjawab undang-undang kepada pelaksana - Wilson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/05/2019
09:53 MYT
[EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis
Suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle berkenalan dengan Siti Kharina (gambar) melalui media sosial.
Suspek utama warga Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin telah mengenali mangsa selama beberapa tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle, 30, berkenalan dengan mangsa melalui media sosial.
“Dia (suspek) kenal melalui media sosial kemudian datang berjumpa dengan mangsa (Siti Kharina) pada awal bulan Januari,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.
Terdahulu, Fadzil memaklumkan suspek utama warga Nigeria itu turut mempunyai akses terhadap rumah sewa mangsa di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya.
BACA: Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis
Seramai tiga suspek ditahan termasuk Aliwajuwon pada Khamis lepas, seorang wanita yang juga warga Nigeria serta seorang lelaki warga Pakistan.
Beliau berkata pihaknya masih meneruskan siasatan sama ada ketiga-tiga suspek terlibat dengan aktiviti jenayah seperti Macau Scam atau dadah.
Hubungan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan juga motif pembunuhan Siti Kharina juga masih dalam siasatan, jelas beliau.
Dalam pada itu, Fadzil juga menyatakan kejayaan tangkapan kesemua suspek dalam masa kurang 24 jam merupakan hasil kerjasama dan usaha pihak JSJ Selangor dan Sepang.
“Suspek dikesan dalam tempoh tidak sampai 24 jam dan kita percaya telah dapat menyelesaikan kes ini,” jelasnya.
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Suspek warga Nigeria tinggal di Malaysia lebih masa - Polis
Topic Berkaitan
#Aliwajuwon Gilbertalowonle
#Fadzil Ahmat
#Kondominium Third Avenue
#Macau Scam
#Siti Kharina Mohd Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan