Buat julung kalinya Ekspo Durian Kuala Lumpur 2019 akan dianjurkan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort di sini pada 26 hingga 28 Julai.
Pengarah Urusan Bukit Kiara Gourmet Sdn Bhd Paul Ng berkata ekspo tiga hari itu yang disokong Tourism Malaysia dan Jabatan Pertanian akan menyaksikan perhimpunan profesional dan penggemar durian terbesar itu dari Malaysia dan luar negara.
Beliau berkata ribuan pengunjung dijangka tidak melepaskan peluang mengunjungi pelbagai gerai pameran perdagangan yang mempamerkan pelbagai produk berkaitan raja buah itu.
"Pengunjung berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis durian semasa bufet raja buah itu berlangsung atau boleh membeli dan makan durian secara ala carte di tapak ekspo.
"Spesies durian terkenal seperti Musang King dari Pahang dan durian 'Duri Hitam' dari Pulau Pinang akan menjadi tumpuan sepanjang ekspo ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Paul berkata penggemar durian akan memperoleh pelbagai maklumat mengenai produk durian serta lawatan ke dusun durian dan pusat peranginan manakala peserta perdagangan dan perniagaan berpeluang mengenali pemain industri lain.
Ekspo itu turut menganjurkan seminar, simposium dan peluang untuk mengembangkan rangkaian perhubungan dalam kalangan pengusaha utama sektor itu dari seluruh dunia.
Turut dianjurkan demonstrasi memasak dan sesi tandatangan buku oleh alumni Master Chef United Kingdom Zaleha Kadir Olpin pada 26 Julai dan ceramah mengenai durian oleh perunding perladangan dan blogger penulis durian, katanya.
Ekspo percuma ini bermula dari 10 pagi hingga 8 malam manakala bufet dan seminar dikenakan bayaran. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web di http://www.durianexpo.com.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019
Pengunjung berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis durian semasa bufet raja durian itu berlangsung atau boleh membeli dan makan durian secara ala carte di tapak ekspo. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Ekspo Durian pertama berlangsung minggu ini
Ribuan pengunjung dijangka tidak melepaskan peluang mengunjungi pelbagai gerai pameran perdagangan yang mempamerkan pelbagai produk berkaitan raja buah itu.