awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak beli air zam zam di pasaran tempatan - KKM

Bernama
Bernama
06/01/2020
06:21 MYT
Elak beli air zam zam di pasaran tempatan - KKM
Dr Noor Hisham berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak membeli air yang dilabel sebagai air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.
"Dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan berkenaan kerana air zam zam tidak boleh diperdagangkan. Justeru, tiada pengedar atau syarikat yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan penguatkuasaan terhadap penjualan air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen.
"Sejak 2012 sehingga kini, sejumlah air zam zam bernilai RM77,358.30 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Orang ramai juga diseru membantu menyalurkan sebarang maklumat penjualan air yang dilabel air zam zam di pasaran kepada pejabat kesihatan daerah, jabatan kesihatan negeri terdekat, melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook BKKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air zam zam
#Arab Saudi
#Facebook
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan