awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak ditangkap, mat rempit rempuh polis

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2018
03:43 MYT
Elak ditangkap, mat rempit rempuh polis
Dalam kejadian jam 9 malam itu, Inspektor Wan Mazuan rebah dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat rempuhan kuat. - BERNAMA/Fail
Seorang pegawai polis cedera selepas dilanggar mat rempit ketika satu operasi mengesan pelumba haram di Jalan Batu 17, Kodiang-Jitra, di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, Inspektor Wan Mazuan rebah dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat rempuhan kuat.
Ketika kejadian, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang diketuai Wan Mazuan, sedang menunggang motosikal.
Bagaimanapun, ketika beliau memberhentikan motosikalnya di sebelah kiri jalan, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki memecut laju lalu merempuh motosikal Wan Mazuan.
Akibat rempuhan, pegawai polis itu melambung dan jatuh ke bahu jalan manakala suspek turut terpelanting ke tengah jalan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim, berkata suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
Wan Mazuan pula telah dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil, tambahnya.
Kes disiasat mengikut seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya.
Sementara itu, operasi itu juga berjaya menahan lebih 15 mat rempit lain atas pelbagai kesalahan dengan motosikal mereka disita untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Jitra
#Kubang Pasu
#lumba haram
#mat rempit
#polis trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan