awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad

Bernama
Bernama
18/07/2017
08:07 MYT
Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad
Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan elaun sara hidup guru pelatih sebagai pinjaman bagi pengambilan tahun depan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan kelak.
Beliau berkata setakat ini penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan tahun ini.
"Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan.
"Sekiranya terdapat sebarang keputusan dicapai hasil daripada perbincangan ini, saya akan umumkan dalam tempoh satu hingga dua bulan nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mahadzir menjelaskan perbincangan bersama pihak PTPTN masih di tahap awal dan sebarang keputusan hanya akan melibatkan pengambilan baharu untuk sesi pengajian bagi tahun 2018.
Terdahulu ketika merasmikan Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) sempena Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-23 dan Persidangan Perwakilan GMGBM ke-35 di sini, beliau mengingatkan guru besar untuk memainkan peranan yang proaktif dalam menjayakan dasar Transformasi Pendidikan Negara.
Beliau berkata transformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjana pemikiran murid daripada peringkat akar umbi.
"Saya begitu yakin dengan kredibiliti para guru besar untuk menjadi penyalur maklumat yang baik dan pencetus transformasi pendidikan negara seperti yang diharapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#elaun
#guru
#guru pelatih
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan