Tiba hujung minggu, pekan Kuala Pilah dikunjungi peminat barangan kemas.
Dapat dilihat, ramai yang memenuhi deretan kedai emas di Jalan Dato' Undang Johol, bagaikan ada pesta.
Kenapa?
Emas kek Kolo Pilah murah!
Mana taknya, kalau ikut harga pasaran semasa, harga emas 916 lebih kurang RM188 satu gram tetapi di sini, hanya RM151 sahaja satu gram ketika wakil Astro AWANI membuat tinjauan pada Ahad.
Murah bukan?
"Emas di sini murah. Murah banyak. Kalau campur upah pun, masih murah, jika nak dibandingkan dengan Seremban," kata Zaihashida Zainal, yang datang dari Seremban semata mata untuk membeli emas.
Begitu juga seorang lagi pengunjung, Lydia Hassan, yang bekerja dan menetap di Klang tetapi berasal dari Seremban.
"Ini kali ketiga saya datang. Memang murah banyak. Dalam 30 peratus lebih murah berbanding tempat lain," ujarnya.
Ada sebab kenapa emas di Kuala Pilah ini murah.
Menurut salah seorang penjual dan pemilik kedai emas, antara faktor kenapa emas murah adalah kerana mereka tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas Malaysia.
Kedua, mereka tidak perlu membayar sewa kedai kerana premis itu milik sendiri.
Dan yang ketiga, kos buruh.
Penjual emas tidak perlu membayar kos pekerja yang tinggi kerana, merekalah bos, mereka juga pekerja.
Jadi, terjawablah segala persoalan kenapa orang sering ke Kuala Pilah untuk membeli emas.
Bak kata pembeli, berbaloi datang dari jauh pun.
Khairunnisa Kasnoon
Mon Aug 13 2018
Salah satu kedai emas yang terletak di Jalan Dato' Undang Johol, Kuala Pilah, yang penuh dengan pengunjung yang datang dari jauh dan dekat. Astro AWANI / HUSNA YUSOP
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India
Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China.
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
Queenie raih emas di Kejohanan Olahraga IPT 2023
Atlet lempar cakera wanita itu merangkul emas acara lempar cakera pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 hari ini.
Tabah hadapi dugaan - Resipi Sivasangari gondol emas berganda
"Saya telah meningkatkan kekuatan mental dan itu merupakan faktor kelebihan berbanding dengan lawan atas kejayaan dalam acara perseorangan ini."
Sukan Asia: Malaysia kalahkan Hong Kong untuk emas wanita berpasukan skuasy
Skuad skuasy wanita kebangsaan mempamerkan satu lagi aksi cemerlang mereka untuk merampas semula pingat emas Sukan Asia acara wanita berpasukan, dengan menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1.
Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas
10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang warga Zambia ditahan.
APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.
Azizulhasni, Nurul Izzah rangkul emas di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih emas dalam acara pecut lelaki pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hari ini.
Sukan SEA: Kem pelayaran capai sasaran dua emas, pulang dengan senyuman
Dua emas itu masing-masing disumbangkan Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri menerusi kelas RS: One.
Sukan SEA: Adam mahu raih emas jujitsu, lengkapkan koleksi warna pingat
Atlet jujitsu negara Adam Akasyah kini mengintai kilauan pingat emas di Sukan SEA 2023 di sini, bagi melengkapkan koleksi tiga warna pingatnya.