awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badan Bahasa Indonesia pergiat usaha hidupkan semula bahasa Melayu di Kepulauan Riau
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kes baharu disyaki COVID-19 direkod di Sarawak

Bernama
Bernama
13/02/2020
13:02 MYT
Empat kes baharu disyaki COVID-19 direkod di Sarawak
Dua daripada pesakit dalam siasatan (PUI) itu berada di Hospital Miri dan masing-masing seorang di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching.
Empat kes baharu disyaki COVID-19, penyakit novel koronavirus direkodkan di Sarawak hari ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Dua daripada pesakit dalam siasatan (PUI) itu berada di Hospital Miri dan masing-masing seorang di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching.
"Dengan kes terbaharu ini, Sarawak mencatatkan jumlah kumulatif 80 kes PUI yang dilapor antara 10 Jan sehingga hari ini dengan majoriti 59 adalah rakyat Malaysia, 18 warga China dan masing-masing seorang dari Thailand, Indonesia dan Kanada," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, 64 daripada 80 kes PUI yang dilapor, disahkan negatif daripada jangkitan COVID-19 dan hanya 16 kes sedang menunggu keputusan ujian makmal.
Sehingga tengah hari semalam, Jabatan Kesihatan Sarawak telah menyaring lebih 5,000 pelawat yang melepasi lapangan terbang serta yang masuk atau keluar menerusi jalan darat, dan laut di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Jabatan Kesihatan Sarawak
#kes positif
#koronavirus
#Malaysia
#pesakit
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan