Empat lelaki termasuk seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat pemaju didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu.
Pegawai keselamatan One City Development Sdn Bhd, Irwan Nordin, 38; Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, 26; Mohd Khairi Abd Rashid, 24, dan Rozaihan Jamaludin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau serta kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di kuil berkenaan di USJ 25, Seafield, Subang Jaya antara 2 pagi dan 5 pagi, 26 Nov lalu lalu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib @ Hamid yang mengetuai barisan pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Dalam prosiding itu, tertuduh Irwan Nordin diwakili peguam Mohd Rafique Rashid Ali manakala yang lain tidak diwakili peguam.
BACA: Lapan suspek kes rusuhan kuil dihadapkan ke mahkamah
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Difahamkan, seorang lagi individu yang sepatutnya dituduh mengikut seksyen sama masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan.
Dalam prosiding melibatkan kes sama, seorang lagi lelaki, T. Thinekaran, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang individu, Datuk K. Tanggeswaran, 25, dengan cara menumbuk mangsa di bahagian kening sebelah kiri di tepi jalan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), USJ, di sini pada 4.30 petang, hari sama.
Pendakwaan bagi kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Salim menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan ringan atas alasan dia mempunyai dua anak yang perlu ditanggung.
Mahkamah membenarkan Thinekaran diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jan depan untuk sebutan semula kesemua kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 04 2018
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu. --fotoBERNAMA
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
'Flashmob' bertukar kecoh, penyokong Pas, BN bertengkar
'Flashmob' yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan, petang Jumaat bertukar kecoh.
Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sukan SEA: Situasi tegang, Thai FA mohon maaf, janji ambil tindakan
Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) memohon maaf susulan kekecohan ketika perlawanan akhir Sukan SEA ke-32 menentang Indonesia yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada Selasa.
Gara-gara promosi baju raya RM1, butik di Shah Alam kecoh diserbu ratusan pelanggan
Gara-gara mempromosikan jualan baju berharga RM1 bagi 100 pelanggan pertama, sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam diserbu lebih 500 orang sehingga berlaku kekecohan, semalam.
Serangan siber di hospital terkemuka India
Pendaftaran dalam talian pesakit disambung semula selepas Institut Sains Perubatan All India dapat mengakses pelayannya.
Bunyi bising pergaduhan rupanya rumah terbakar
Lima buah rumah terbakar hampir 95 peratus manakala sebuah lagi membabitkan kemusnahan 30 peratus.
PRU15: Kekecohan pusat mengundi, tiga kertas siasatan dibuka
Kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh.
PRU15: Kekecohan tular bukan di pusat mengundi, berpunca masalah dalaman parti - Polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku hari ini, namun tiada kaitan dengan proses mengundi.
PRU15: Isu kekecohan, calon BN Permatang Pauh sedia bekerjasama dengan polis
Isnin lalu, penganjur tapak pasar malam Penanti bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd Zaidi di laluan masuk pasar terbabit.
PRU15: Kempen calon BN di Permatang Pauh terpalit dengan kekecohan
Kempen PRU15 di Permatang Pauh dicemari insiden kekecohan di Pasar Malam Penanti membabitkan penganjur tapak pasar malam dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.