awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan tonton sabung ayam ketika PKP

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2020
02:00 MYT
Empat lelaki ditahan tonton sabung ayam ketika PKP
Semua suspek serta dua ekor ayam terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut. Gambar Astro AWANI.
Empat lelaki warga Myanmar ditahan ketika sedang asyik melihat pertarungan ayam sabung di kawasan lapang di belakang Terminal Bas Shahab Perdana, di Alor Setar pada lewat petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin memaklumkan, kesemua lelaki itu ditahan oleh sepasukan anggotanya yang melakukan rondaan Op COVID-19 di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, suspek yang berusia antara 24 sehingga 43 tahun itu dikatakan sedang leka melihat ayam sabung terbabit berlawan ketika dihampiri pasukan polis.
Katanya, hasil siasatan mendapati, keempat-empat warga Myanmar itu mengetahui mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan namun tidak mengendahkannya.
"Semua suspek itu ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut dan dua ekor ayam jantan turut dibawa ke IPD yang sama," katanya di sini, pada Khamis.
Lelaki warga Myanmar yang ditahan ketika leka menonton pertarungan ayam sabung di Alor Setar.
Lelaki warga Myanmar yang ditahan ketika leka menonton pertarungan ayam sabung di Alor Setar.
Mohd Rozi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana berkumpul menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPPB (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Myanmar
#polis
#sabung ayam
#siasatan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan