awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut apabila kereta Kancil mereka dirempuh Perdana

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2015
10:07 MYT
Empat maut apabila kereta Kancil mereka dirempuh Perdana
Kejadian yang berlaku pada jam 4:15 petang tadi telah menyebabkan dua mangsa tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa - Foto Astro AWANI
Empat wanita maut selepas sebuah kereta jenis Proton Perdana berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata kereta Perdana itu dipercayai telah memecut laju sehingga ke jalan Bukit Gereja Umbai.
Ia kemudiannya memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil tersebut sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.
Pihak bomba dari Merlimau dan Bukit Katil berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.
Keempat-empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Preve yang berada di belakang Kancil tersebut sempat mengelak dari dirempuh kereta Perdana yang ketika itu dipandu seorang lelaki.
Kemalangan
Kemalangan
Keadaan kereta Kancil yang dirempuh kereta Perdana - Foto sumber Astro AWANI
Lelaki berkenaan cedera di mukanya dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di dalam kereta Preve hanya mengalami cedera ringan.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, laporan awal yang mendakwa kereta Proton Perdana terbabit sedang diburu Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ ketika kemalangan dinafikan jabatan itu.
Topic Berkaitan
#jenayah
#JPJ
#kemalangan
#maut
#Umbai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan