awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik

Harits Asyraf Hasnan, Shafiq Noordin
Harits Asyraf Hasnan, Shafiq Noordin
18/02/2018
10:22 MYT
Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik
Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Audi, Perodua Kenari dan pacuan empat roda Isuzu D-Max itu juga turut menyebabkan dua mangsa cedera parah dan empat lagi cedera ringan.
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik-Jeli di sini tengahari tadi.
Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Audi, Perodua Kenari dan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier itu juga turut menyebabkan dua mangsa cedera parah dan empat lagi cedera ringan.
Mangsa yang meninggal dunia adalah dua penumpang kereta jenis Audi, Che Wan Teh Abdul Aziz, 54 dan Muhammad Khairul Khawrizmie Azizan, 17 tahun.
Turut maut adalah pemandu kereta jenis Nissan Frontier, Rosli Zakaria, 54, serta seorang penumpangnya yang masih belum diketahui identiti.
Difahamkan kenderaan Nissan Frontier dan Kenari  berkenaan dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan. - Foto PDRM
Difahamkan kenderaan Nissan Frontier dan Kenari berkenaan dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan. - Foto PDRM
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Ismail Che Isa berkata kejadian berlaku di kawasan hitam, iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan.
"Cuaca pada ketika itu baik. Namun, ini salah satu tempat sering berlaku kemalangan.
"Untuk makluman juga, kawasan ini salah satu kawasan hitam berlaku kemalangan maut," katanya.
Ketua operasi dari Bomba dan Penyelamat Gerik, PBK II Mohd Nizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 12.56 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Terdapat seramai 10 orang mangsa keseluruhannya, empat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dua cedera parah dan empat mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.
Operasi menyelamat masih sedang giat dijalankan.
Difahamkan kenderaan Nissan Frontier dan Kenari berkenaan dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan.
Topic Berkaitan
#bomba
#cedera
#Gerik
#jeli
#kemalangan
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#operasi
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan