Empat maut dalam sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki dan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara di Kilometer 209 arah Utara berhampiran Lebuhraya Bandar Baru-Changkat Jering pada petang Selasa.
Dalam kejadian sekitar 3 petang itu, mangsa, pemandu kenderaan, Azida Othman, 43, penumpang Muhammad Aiman Hakim Suhaimi, 19, Othman Hamid, 68, Aishah Arof, 68, maut serta-merta di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superitendan Wan Jamil Wan Chik berkata kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa melanggar sebuah lori tangki yang diparkir di tepi jalan.
“Kenderaan mangsa telah merempuh sebuah lori tangki minyak yang rosak dan berhenti di tepi jalan dan menyebabkan kesemua mangsa di dalam kenderaan tersepit.
“Pihak perubatan mengesahkan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kesemua mereka berusia di antara lingkungan 19 hingga 68 tahun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Selasa.
Pemandu lori tangki minyak berkenaan bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Pegawai Bomba Kanan Rohaimi Basirun berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 3.10 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Sesampainya di tempat kejadian kami mendapati kenderaan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori tanker yang diletakkan di lorong kecemasan berikutan rosak.
“Kesemua mangsa tersepit dan menggunakan alat pemotong kecemasan untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Astro AWANI.
Rohaimi berkata operasi tamat sepenuhnya sekitar 4.42 petang.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Sep 13 2016
Empat mangsa dalam kenderaan yang merempuh lori tangki itu maut serta-merta di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
4 maut, 13 cedera terkena renjatan semasa perarakan keagamaan di India
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 maut ditembak di Georgia, suspek masih bebas
Insiden tembakan berlaku sekitar 10.45 pagi EST (14:45 GMT) waktu tempatan di Henry County yang terletak sekitar 30 batu di selatan Atlanta.
Empat maut dalam insiden tembakan di Idaho, Amerika Syarikat
Seorang suspek ditahan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar kecil di Kellog, Idaho.
Empat maut selepas ziarah ahli keluarga meninggal dunia
Sopiah tidak menyangka akan kehilangan pula empat lagi ahli keluarga terdekatnya dalam nahas di Jalan Parit Semerah-Parit Kudus di hadapan SK Parit Kudus, di Pontian, pada petang Khamis
4 maut kereta bertembung lori bawa batu arang
Empat warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, di sini petang tadi.
4 maut kemalangan di LPT: 'Tak tahu mak, ayah dalam perjalanan ke Kuala Terengganu' - Anak
Azrilina Mohamad, 44 berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6 pagi, dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat.
Pemandu trak tunda LPT antara 4 yang maut
Pekerja Lebuhraya Pantai Timur (LPT) disahkan antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM135.7 LPT 1, berdekatan dengan susur keluar Chenor, awal pagi, Sabtu.
Empat maut dalam kemalangan tujuh kenderaan
Kemalangan membabitkan sebuah treler dan enam buah kereta sedan.
Polis cari saksi kes kemalangan empat maut di NKVE
Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat insiden kemalangan menyebabkan empat maut di NKVE tampil membantu siasatan.