Empat nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan pada 7 Feb lepas, berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Nelayan tersebut Azwan Yusof, 36; Walik Hafizul Walek @Raffa, 35; Hanafi Nasrizal Hamtha, 26; dan Mohd Faizan Musa, 29, yang kesemuanya dari Kampung Losong di sini, ditemui oleh kapal Maritim KM Gemia di kedudukan 55 batu nautika dari Kuala Terengganu, pada pukul 5.15 petang Jumaat.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata pihaknya menerima laporan kehilangan nelayan-nelayan tersebut pada pukul 10 malam Rabu lepas (12 Feb) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada Khamis, meliputi 63 batu nautika daripada Perairan Terengganu.
"Ketika ditemui petang tadi, kesemua mereka dalam keadaan lemah dan keletihan, yang mana kemudiannya mereka telah diberi makan dan rawatan awal sebelum bot mereka ditunda balik ke jeti APMM malam ini.
"Siasatan awal mendapati bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada bateri, menyebabkan bot tersebut tidak dapat dihidupkan dan dihanyutkan arus selama tujuh hari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini pada Jumaat.
Sementara itu salah seorang mangsa, Azwan berkata bot yang dinaiki bersama tiga rakannya itu rosak selepas berlabuh di kedudukan 63 batu nautika dari Perairan Terengganu, pada hari pertama mereka keluar ke laut.
"Kami keluar ke laut pada pukul 4 petang Jumaat (7 Feb) dan sampai di lokasi pada pukul 6 pagi Sabtu (8 Feb) dan mematikan enjin buat seketika. Pada pukul 7 pagi sebelum memulakan kerja kami cuba menghidupkan semula enjin namun gagal.
"Saya cuba menukar bateri enjin tetapi ia tetap gagal dihidupkan, menyebabkan kami terpaksa membiarkan kapal dihanyutkan arus," katanya yang pertama kali berhadapan detik cemas, termasuk angin kuat di tengah laut, setelah 14 tahun menjadi nelayan.
Seorang lagi mangsa, Hanafi Nasrizal berkata bagaimanapun mereka bernasib baik kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi selama tujuh hari berada di laut.
"Sepanjang tempoh tujuh hari itu ada kapal asing yang lalu, namun mungkin mereka takut untuk mendekati dan membantu. Kami juga tidak dapat menghubungi sesiapa kerana tiada isyarat telefon di tengah laut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020
Mangsa Azwan Yusof, Walik Hafizul, Hanafi Hampsa dan Mohd Faizan Musa dijumpai kira-kira jam 5.15 petang pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.
APMM tahan 11 warga Thailand tangkap siput buluh di perairan Perlis
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 11 warga Thailand yang disyaki melakukan aktiviti menangkap siput buluh di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, semalam.