Empat pekerja binaan warga asing maut apabila lif pengangkut penumpang yang dinaiki mereka gagal berfungsi dan terjatuh dari tingkat 13 di tapak pembinaan blok kondominium di Presint 15 di sini.
Dalam kejadian 10.45 pagi itu, tiga mangsa yang merupakan warga Indonesia maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja Bangladesh meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 3 petang ketika dirawat di hospital berkenaan akibat cedera parah.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Putrajaya DSP Zaihairul Idrus berkata ketiga-tiga warga Indonesia berkenaan yang merupakan penampal simen, berumur lingkungan 20-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Beliau berkata warga Bangladesh itu pula merupakan operator lif tersebut berumur sekitar 40-an. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Putrajaya.
Zaihairul berkata lif itu dipercayai mengalami masalah brek sehingga gagal dikawal dan menyebabkan ia terjatuh.
Lif terbabit turut membawa beberapa kampit simen yang dianggarkan seberat 1,200 kilogram, katanya.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut dan pihak kedutaan Indonesia dan Bangladesh telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Beliau berkata punca sebenar kemalangan masih disiasat dan kerja-kerja di kawasan itu dihentikan buat sementara waktu.
Bernama
Mon Mar 23 2015
Dalam kejadian 10.45 pagi itu, tiga mangsa yang merupakan warga Indonesia maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja Bangladesh meninggal dunia di Hospital Putrajaya. - Foto Bernama
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Lelaki jatuh bumbung terperangkap dalam rumah jiran
Pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak dapat bangun.
Wanita cedera parah terjatuh ke dalam lubang benam panas
Mangsa sedang berjalan bersama suaminya apabila laluan itu runtuh secara tiba-tiba.
Skrin video gergasi jatuh ketika konsert Mirror, dua penari cedera
Video tular menunjukkan skrin berkenaan menimpa tepat ke atas kepala dan badan salah seorang penari, dan terkena seorang penari lagi.
Lima cedera kereta jatuh atas landasan kereta api
Lima orang cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh atas landasan kereta api di KM 43, Jalan Temerloh-Bahau, pagi Sabtu.
Kanak-kanak empat tahun maut jatuh kondominium
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Danau Saujana 2, Setapak, hari ini.
Ralit dengan telefon, remaja jatuh dalam ruang simpanan 'diselamatkan' timbunan kotak
Abdullah bernasib baik kerana walaupun dia jatuh dari ketinggian kira-kira-kira tiga meter, dia tidak mengalami kecederaan kerana 'mendarat' di atas timbunan besar kotak.
Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.
Euro 2020: Eriksen muat naik gambar di media sosial
Doktor pasukan, Morten Boesen, mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung.
Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort
Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand.
Wanita maut, jatuh dari tingkat empat pusat beli-belah 1 Utama
Kes itu dikendalikan oleh pasukan tindak kecemasan pusat beli-belah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.