Kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas.

Kejadian berlaku di Pantai Teluk Bidara, Dungun kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.

Bagaimanapun dua daripada mereka berjaya diselamatkan dan empat lagi masih belum ditemui.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin dari Kuantan, Pahang; Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu; dan Muhammad Zul Fahmi Zuki dari Kemaman, Terengganu.

Kesemua mereka berusia 21 tahun dan dikatakan ke pantai berkenaan untuk mandi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azman Alias berkata, ketika ini pasukannya sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Katanya seramai 14 kekuatan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.