awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pemancing Kampung Goebilt dikhuatiri hilang - APMM

Bernama
Bernama
08/09/2019
22:48 MYT
Empat pemancing Kampung Goebilt dikhuatiri hilang - APMM
Menurut Laksamana Pertama Robert Teh (gambar), pemancing difahamkan sering melakukan aktiviti memancing dan memukat di sekitar kawasan berhampiran Pulau Lakei, Kuching. --fotoBERNAMA
Sekumpulan empat pemancing dari Kampung Goebilt di sini, dilaporkan tidak pulang ke rumah dan dikhuatiri hilang, setelah keluar memancing sejak pagi Sabtu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan dalam satu kenyataan berkata aduan telah dibuat Fadilawati Karim menyatakan bahawa empat orang ahli keluarga beliau, telah keluar memancing dan sepatutnya pulang pada pagi Ahad.
"Menerusi maklumat yang diterima dari pengadu, mereka sering melakukan aktiviti memancing dan memukat di sekitar kawasan berhampiran Pulau Lakei, Kuching.
"Empat pemancing itu ialah Manja Yusop, 47, Hadip Adam, 36, Azuan Zazul, 26, dan Fatiha Ayuni Aini, 15," katanya dan menambah pengadu telah membuat laporan polis, pada 9.51 malam tadi.
Beliau berkata kesemua mangsa dikatakan menaiki sebuah bot kayu berbumbung, berwarna biru-putih, enjin pam 7 kuasa kuda dan mempunyai panjang lebih kurang 20 kaki.
"Pengadu juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang kampung telah keluar bagi membantu mengesan mangsa yang hilang," katanya.
Maritim Sarawak telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada 10.40 malam tadi dan menubuhkan Pengkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) di jeti Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).
Maritim Sarawak memohon jika orang awam mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini agar menghubungi segera Pusat Operasi Maritim Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bot
#hilang
#Kampung Goebilt
#Kompleks Tun Abang Salahuddin
#Kuching
#laporan polis
#mangsa
#Maritim Sarawak
#operasi
#pemancing
#polis
#Robert Teh Geok Chuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan