awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pemburu haram warga asing diberkas di Hutan Royal Belum dan Temengor

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/11/2019
03:36 MYT
Empat pemburu haram warga asing diberkas di Hutan Royal Belum dan Temengor
Menurut Abdul Aziz Bari berkata, kesemua warganegara Thailand yang diberkas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemburuan haram haiwan liar yang terancam. - Gambar fail
Seramai empat pemburu haram warga asing diberkas di Hutan Royal Belum dan Temengor pada September dan Oktober lalu.
Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak Dr Abdul Aziz Bari berkata, kesemua mereka terdiri daripada warganegara Thailand, dipercayai terlibat dalam aktiviti pemburuan haram haiwan liar yang terancam.
Menurutnya, kejayaan itu adalah antara hasil usaha Jabatan Perhilitan untuk melindungi haiwan liar yang terancam seperti Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Hasil kempen ini juga telah membawa kerjasama Perhilitan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memerangi aktiviti pemburuan haram.
“Kawasan Royal Belum dan Temengor merupakan kawasan operasi utama dalam kerjasama ini di mana pada setiap masa terdapat beberapa pasukan yang terdiri daripada 10 anggota PDRM dan Perhilitan melakukan rondaan di dalam hutan kawasan ini bagi menagkap pemburu-pemburu haram,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Jalong, Loh Sze Yee di Dewan Undangan Negeri Perak pada Jumaat.
Menurut Abdul Aziz, Jabatan Perhilitan tidak mempunyai angka yang tepat dan menyeluruh bagi semua hidupan liar yang diancam kepupusan di Negeri Perak.
Katanya, secara umum, bagi mamalia darat besar iaitu spesies yang melebihi 20kg, terdapat 12 spesies mamalia yang masih ada di Perak, iaitu gajah, seladang, tapir, harimau, rusa, beruang, kijang, kambing gurun, harimau kumbang, harimau dahan, babi hutan dan anjing hutan.
“Bagaimanapun Jabatan Perhilitan ada menjalankan inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam seperti harimau belang, gajah dan seladang,” ujarnya.
Katanya, berdasarkan rekod terkini dalam survey yang dijalankan bagi spesies harimau belang jumlah yang dianggarkan antara 40-50 ekor, gajah (100-130 ekor) dan seladang (50-60 ekor).
Topic Berkaitan
#abdul aziz bari
#Hutan Royal Belum
#Jabatan Perhilitan
#pemburu haram
#polis
#Temengor
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan