awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
14/04/2016
07:26 MYT
'Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN
Empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia. - Gambar fail
Empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lalu masih hidup, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Tegasnya, rundingan dengan pihak berkuasa Filipina masih berjalan namun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai usaha pembebasan mangsa berkenaan.
"Bagaimanapun saya enggan dedahkan peringkat mana dan apa yang sedang kita lakukan kerana bimbang akan menimbulkan masalah kepada semua tebusan itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan 2016 di sini hari ini.
Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.
Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.
Sebelum ini Kementerian Luar Negeri memaklumkan telah memanggil Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, TYT Jose Eduardo E. Malaya untuk mengulangi permohonan negara bagi mendapatkan bantuan Kerajaan Filipina di dalam usaha-usaha membebaskan mangsa.
Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah memohon kerjasama Kerajaan Filipina melalui Setiausaha Hubungan Luar Negeri Republik Filipina.
Malaysia telah menegaskan kepentingan untuk memastikan keselamatan empat warga Malaysia terbabit dan mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Filipina di dalam usaha ke arah pembebasan empat warga Malaysia berkenaan.
Topic Berkaitan
#Empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan
#Khalid Abu Bakar
#Sabah pada 1 April lalu masih hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan