awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 17 juta rakyat Afghanistan terima kad pengenalan elektronik
Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat remaja ditahan lakukan pecah rumah ketika PKP

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
03/04/2020
07:45 MYT
Empat remaja ditahan lakukan pecah rumah ketika PKP
Mohd Hamizi, jumlah anggaran barangan yang dicuri dari oleh kumpulan remaja itu bernilai RM15,000.
Kelicikan sekumpulan remaja yang mengambil kesempatan melakukan jenayah pecah rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya ditumpaskan polis.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kesemua suspek yang berusia 12 hingga 17 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di daerah tersebut pada 24 Mac lalu.
"Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit dalam aktiviti pecah rumah, kedai gereja, sekolah di sekitar pekan Tenghilan dan Tamparuli.
"Dengan tertangkapnya keempat-empat suspek ini, Polis Tuaran berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah, kedai, dan sekolah di daerah ini," katanya pada sidang media di IPD Tuaran pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohd Hamizi, jumlah anggaran barangan yang dicuri dari oleh kumpulan remaja itu bernilai RM15,000.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan berhubung ingkar PKP pula, kesemua suspek akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#jenayah
#keselamatan
#pecah rumah
#Peguam Negara
#PKP
#polis
#remaja
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan