awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat remaja pijak al-Quran ditahan polis

Bernama
Bernama
19/07/2019
08:40 MYT
Empat remaja pijak al-Quran ditahan polis
Salah seorang suspek pijak al-Quran yang ditahan polis di Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. - Gambar SINAR HARIAN
Polis Kelantan menahan empat remaja perempuan berhubung satu kejadian memijak al-Quran di Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kesemua remaja berumur antara 17 dan 18 tahun itu ditahan di rumah masing-masing antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dikatakan berlaku di tepi jalan dekat jambatan Kusial Lama, Tanah Merah, kira-kira pukul 2.30 petang, 13 Julai lepas.
"Kejadian tersebut berlaku apabila remaja perempuan berumur 17 tahun yang memijak al-Quran itu telah diugut oleh dua lagi remaja berusia 18 tahun untuk mengetahui adakah dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki seorang daripada remaja berkenaan.
"Remaja itu menafikan telah melakukan hubungan seks sebaliknya dipaksa melakukan sumpah dengan cara memijak al-Quran bagi mengukuhkan penafian tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Wan Khairuddin berkata, perbuatan tersebut, bagaimanapun diketahui oleh kakak kepada suspek yang memijak al-Quran itu selepas melihat rakaman di dalam telefon sebelum bertindak membuat laporan polis kira-kira pukul 9 malam tadi.
Beliau berkata, kesemua suspek termasuk yang membuat rakaman video berkenaan telah ditangkap dan direman bermula hari ini hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menghina agama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Empat remaja pijak al-Quran ditahan polis
#Kelantan
#polis
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan