Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas di sini.
Penguasa Kanan Bomba II daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata dalam kejadian pukul 3.20 petang Sabtu, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan.
"Yang maut ditempat kejadian adalah pemandu kereta itu yang berumur 37 dan seorang wanita berumur lingkungan 60 tahun, manakala dua daripada tiga bayi kembar setahun yang turut berada dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia di Hospital Tampin ketika mendapatkan rawatan.
"Manakala pemandu Proton Persona pula patah kaki dan dirawat di hospital yang sama," katanya kepada Bernama di sini.
Mangsa yang maut adalah Mohd Fadzil Jusoh, 37; Nazipah Chik, 60; dan dua anak Mohd Fadzil iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana, masing-masing berusia setahun.
Manakala mangsa yang cedera ialah isteri dan anak Mohd Fadzil iaitu Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, dan Muhd Fahimi, setahun serta pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62.
Kesemua enam sekeluarga itu beralamat di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman, Terengganu.
Katanya pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.26 petang mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluarkan pemandu Proton Saga yang tersepit di tempat duduk pemandu.
"Ketika kami sampai ada mangsa daripada Proton Saga telah dikeluarkan oleh orang ramai manakala pemandunya berada dalam kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata yang turut cedera ialah adik Mohd Fadzil iaitu Nursyuhaidah Jusoh, 23, yang turut berada dalam kenderaan itu dan kini di rawat di hospital yang sama.
"Kesemua mereka dari Terengganu dan melalui jalan Gemas menuju Tampin untuk ke Muar bagi menghadiri majlis kenduri.
"Sampai dilokasi, pemandu Proton Saga itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan pemandu Proton Persona tidak sempat mengelak kenderaannya lalu bertembung," katanya kepada pemberita.
Hamazah berkata Nazipah yang turut maut dalam kemalangan itu merupakan ibu kepada Mohd Fadzil.
"Urusan post mortem dijangka dijalankan esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016
Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas di sini. - fotoBERNAMA
Niaga AWANI: Sinergi diperlukan bagi merealisasikan aspirasi mampan negara
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: Raya Oh Raya: Alamak! Poket dah "kering" ni
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Dr Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Pengurus, Perhubungan Korporat Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) mengenai pengurusan kewangan selepas berdepan perbelanjaan yang banyak dimulai sesi sekolah dibuka diikuti puasa dan hari raya. Ini termasuk bagaimana pengurusan yang baik boleh membantu membawa keluar keluar daripada pergelutan kewangan sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Niaga AWANI: RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan kepada RM50 bilion menjelang 2026
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini. Menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Reformasi Ekonomi: Antara subsidi, mekanisme & kesejahteraan rakyat
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib mengulas berkenaan usaha rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan kerajaan, serta impak kepada reformasi ekonomi ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lori sampah rosak brek rempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Lori sampah tersebut yang mengalami masalah brek melanggar kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Polis Perlis tumpu 11 lokasi 'hotspot' kemalangan dalam Op Selamat
Polis Perlis akan memberi tumpuan kepada 11 lokasi 'hotspot' yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini dalam Op Selamat 22.